Sunday 1 May 2011

Selamat Datang Ke Blog MonaVie Etho's

Donald Trump menulis dalam bukunya Think Big. Ramai orang-orang berjaya menyuruh kita BERFIKIRAN DAN MEMPUNYAI IMPIAN ATAU CITA-CITA BESAR. Prof Dr Hamka menyuruh kita MENGAMBIL PELUANG-PELUANG BESAR. Allah menyuruh umatnya MENCARI HARTA KEKAYAAN DIDUNIA DENGAN TIDAK MENINGGALKAN TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB KITA SEBAGAI MAKHLUK YANG AKAN KEMBALI KEPADANYA BILA TIBANYA WAKTU NANTI. Tiada seorang pun yang bila ditanya nak hidup susah atau nak miskin. Soalnya sekarang, usaha kita. Adakah kita berusaha beriringan dengan kehendak dan naluri kita? Ada kah kita rebut segala peluang yang ada? Adakah kita bersedia untuk berusaha kearah itu demi mencapai IMPIAN-IMPIAN BESAR KITA?   Itu lah persoalan utama dalam hidup kita, mempunyai impian besar tapi tidak pernah sanggup berusaha lebih sedikit atau dengan kata lain langsung tidak sanggup menghadapi cabaran untuk mencapai impian tersebut. Nak senang bukan nya senang, harus dibayar dengan usaha keras dan TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA. Tuhan tidak pernah silap dalam memberi sesuatu ganjaran kepada hambanya, melainkan kita sahaja yang selalu komplen dan menyalahkan orang lain atas kegagalan yang kita cipta. Tidak pernah ada seorang manusia yang mendapat sesuatu secara kebetulan. Mesti datang nya dari satu impian dan keazaman yang kuat dari diri seseorang untuk mencapai sesuatu, lalu cita-cita atau impian tersebut dihantar ke otak dan otak akan memberi isyarat kepada semangat untuk bangun dan berusaha. Disini akan bermula proses pertama, KEPERCAYAAN KEPADA SESUATU YANG KITA LIHAT DAN YANG AKAN KITA DAPAT. Allah anugerah kan kita akal yang tidak ada pada binatang. Dengan akal kita dapat berfikir yang baik dan mana yang buruk.   Dalam berusaha, kita akan diuji dengan segala macam cabaran yang mana disini lah proses yang akan menjadi penentu kepada seseorang samaada layak atau tidak memperoleh kejayaan tersebut. Cabaran yang datang dalam pelbagai bentuk, cara dan bebagai peringkat. Ada setengah orang menganggap halangan tersebut sebagai masalah dan ada yang menganggap suatu cabaran yang harus ditempuh. Biasa nya kalau kita anggap cabaran tersebut sebagai masalah, maka kita rasakan ianya terlalu sukar dan ramai memilih tidak mau masalah dan give-up. Tetapi bagi yang bersifat positif akan AMBIL MASALAH TERSEBUT SEBAGAI CABARAN DAN PASTI BERUSAHA UNTUK MENGATASI NYA, MAKA DIA AKAN BERUSAHA LEBIH KERAS DAN LEBIH BIJAK. Disini akan berlaku kombinasi antara tenaga dan fikiran atau dengan kata lain 'Work Hard and Smart'.   Untuk berjaya BUKAN PERLU KERJA KUAT SEMATA-MATA, TETAPI KERJA YANG LEBIH BIJAK. Cara anda berfikir dalam mentafsirkan sesuatu juga faktor besar yang BAKAL MEMBAWA ANDA KEPADA KEJAYAAN. Kesimpulan nya, ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN. Apa yang anda fikir membawa kepada apa yang akan anda usahakan. Kalau suatu yang anda fikirkan baik, maka hasilnya baik YANG ANDA DAPAT, sebalik nya kalau anda berfikir sesuatu kearah keburukan, maka keputusan nya buruk juga yang anda akan dapat.   NAK BERJAYA ATAU GAGAL, ANDA YANG PILIH. ANDA LAH PEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK DIRI SENDIRI, BUKAN ORANG LAIN.